Pages

Followers

Thursday, October 06, 2011

Motifffff apakah?

As salam...

Madam diam kan ajek...madam sabar..
Madam tahankan hati...madam sabar lagik..
tp bila tgk dan dengar.... setiap org yg kamoo jumpa (especially when i'm around)
topik kamoo PRENGNAT SEMEDANG... kira dah mencabar tahap SABAR aku ni ler...

Eh, malas ler nak meroyan semedang pasal aku tak mengandung ni...
Naik boring hadap topik yg kena telan hidup2 ni...
Tp boleh tak kamoo tu, dah tau aku ni mmg lum ada baby..(dan kau tu dah beranakkkkk 1 - bru 1 jek pun)
shut up ur  LONGKANG mouth?

(credit to google imej sbb kat situ madam jumpa gmbar ni)

Ni sorang ni (nk ckp sekor kang berdosa) mcm takder IMAN..
madam tengok kamu tu solat tak tinggal... bagus...
bila berckp Ya Allah...gemersik.... nak dengar gelak 2 harkat pun payah...
CUKUP SIFAT JADI PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR...
tp why? why? whyyyyyy?
mcm mempertikaikan KUASA ALLAH...????

apa ENGKAU igt, nk sgt ke madam jadi macam ni?
apa ENGKAU igt jugak madam merancang taknak anak?
apa ENGKAU igt jugak madam tak ikhtiar dan usaha dan tawakal kepada ALLAH?
apa punyer cetek pikiran kamu ni?
belajar tinggi2 (boleh la) tp mindset YA ALLAH hai... ke laut...!

Asal i'm around jek, ENGKAU bukak topik PREGNANT..
punya pasal la KAU NAK BERANAK 2 3 4 5 6 7 8 9 10...
tp tak payah la nak mentionnn;

'jangan lambat2...umur dah meningkat!...' 
'eh, jangan rancang-rancang..nnt tuhan taknak bagi...'

walupun tak ckp directly pada mdm, tetapi MENGAPA everytime ..everytime kena keluar ayt2 tersebut???
sedangkan kamu tau madam menderita dan selalu meroyan pasal benda yg satu ni...

Ya Allahhhhhh hai...bru jek dahi kau tu sentuh sejadah tak sampai 5 minit... dalam rumah Allah pulak...
benda simple pun tak boleh fikir?
Bukankah Allah yg tentukan REZEKI untuk setiap org... 
KUN FA YA KUN...maka jadilah... KAN?

Takperla...macam biasa, madam doakan kamu TAK JADI MACAM MADAM..
sbb anak kamu pun baru jek seorang..
manalah tau...esok esok kamu nk beranak lagik SUSAH pulak nak dapat... mcm madam ni kan?
nauzubillah....
madam doakan kamu beranak banyak2....selagi kamu mampu...
madam maafkan pulak kamu sbb (in a positif way) mgkin kamu buat tu semua sbb NAK BG SEMANGAT kat madam untuk lebih berusaha... (kot?)


'Ya baik datang dari Allah, yang buruk dtg dr madam sendiri.........'


Monday, September 05, 2011

Salam Aidilfitri 2011

As salam

This is STICKY MELEKIT POST...
New entry please scroll down cayunk!!!




Riang ria hari raya everyone...!!!!

Berhati-hati di jalanraya dan igtlah org yg tersayang bila pulang di hari raya nanti k!!!

Salam kemaafan ini is brought to you by Madam Lala & Si Sepian...


(Note : Pictures Credits to I Luv Islam.com dan Google Images....)

Friday, August 26, 2011

Bila nak dapat semua ni?

As salam,

Madam bru balik library..
Terpaut hati dengan buku ni...


RIWAYAT BIDADARI SYURGA...dr MUNIF AHMAD


Tetiba keinginan nak baby bertambah meluap2...
Sebab ada isi kandungan dlm buku ni buat madam rasa nak...nak...dan nak.....(insyallah)

50 KEISTIMEWAAN WANITA....


Semua point adalah tersangat best... lebih2 lagik point2 kat bawah ni :-

1. Apabila seorang wanita HAMIL, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskannya 1000 kejahatan.


2. Dua rakaat wanita hamil adalah lebih baik drpada 80 rakaat wanita yang TIDAK HAMIL...


3. Apabila seorang wanita mulai sakit bersalin, maka Allah swt akan mencatatkan baginya pahala org yang BERJIHAD dijalan Allah.


4. Wanita bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada 1 uratnya akan dikurniakan oleh Allah SATU PAHALA HAJI!!!.


5. (Ni paling best) Apabila seorang wanita melahirkan anak, KELUARLAH DIA DARIPADA DOSA-DOSANYA SEPERTI KEADAAN IBUNYA MELAHIRKANNYA...(subhanallah..bestnyer kan?)


6. Jika seorang wanita menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh (2 1/2) tahun maka malaikat2 di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa SYURGA WAJIB baginya... 


7. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dlm tempoh 40 hari selepas melahirkan anak, dia akan dikira sebagai MATI SYAHID!

Subnallah dan hanya Allah yg mengetahui... namun sebagai seorg wanita madam betul2 teringin nak mengejar semua tu.... insyallah ada rezeki..insyallah...

Sabar...sabar dan sabar serta REDHA.....

amin amin amin....

Thursday, August 04, 2011

Untuk Mu....Kekasihku...

As salam,


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Yang Maha Pemurah,  Yang Maha Mengasihi...
Yang menguasai langit dan bumi...
Yang Ku rindui dan ku kasihi...

Ampunkanlah dosa-dosa ku ini Ya Rahman..
Insan terpilih yang lagi hina dan wajib di uji ini...

Kuatkanlah hati ku ini,
Limpahi diriku dengan kurnia mu...
Tabahkan diriku pada setiap dugaan mu,
Yang aku redhai..

Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
Ya Malik,
Ya Quddus,
Sesungguhnya penantian ini suatu keresahan jiwa Ya Allah,


Ya Salam,
Ya Mu'minu
Ya Muhaiminu...

Sesungguhnya dugaan ini suatu bebanan perasaan Ya Allah,


Ya Aziz,
Ya Jabbar,
Ya Mutakabbir,
Ya Khaaliq,
Ya Bariu,
Sesungguhnya ujian ini suatu kegetiran untuk ku, Ya Allah..

Ya Mushawwir...
Ya Ghaffar,
Ya Qahaar
Ya Wahab,
Ya Razzaq,
Jangan ada wanita lain rasa apa yang aku sedang rasa Ya Allah,

Ya Fattah,
Ya 'Aliim
Ya Qabidh,
Ya Basith,
Ya Khaafidh,
Jangan ada wanita lain menangis dengan apa yang sedang ku tangis,


Ya Raafi'
Ya Mu'izz
Ya Mudzill
Ya Samii'
Ya Basiir
Jangan ada wanita lain derita jiwanya sama seperti yg aku deritai

Ya Hakam,
Ya 'Adil
Ya Lathiif,
Ya Khabiir,
Ya Haliim,
Jangan ada sekelumit kesal dlm hati wanita lain, sama seperti apa yg ku kesali

Ya A'zim
Ya Ghafur,
Ya Syakuur
Ya A'liyy
Ya Kabiir
Sesungguhnya aku tidak kuat...Ya Allah

Ya Hafiiz
Ya Muqiit
Ya Hasib
Ya Jalil
Ya Karim
Sesungguhnya aku lemah... Ya Allah

Ya Raqib
Ya Mujib
Ya Waasi'
Ya Hakiim
Ya Wadud
Sesungguhnya aku dayus..Ya Allah...

Ya Majid
Ya Baasit
Ya Syahid
Ya Haqq
Ya Wakil
Sesungguhnya aku manusia tidak tau erti syukur..Ya Allah...

Ya Qawiyy
Ya Matin
Ya Waliyy
Ya Hamid
Ya Muhshi
Ampunkan kekhilafan ku Ya Allah

Ya Mubdi
Ya Mu'iid
Ya Muhyi
Ya Mumiit
Ya Haqq
Ampunkan kejahilan ku Ya Allah

Ya Qayyum
Ya Wajiid
Ya Majiid
Ya Wahid
Ya Samad
Ampunkan segala dosa2 ku di masa lalu, di masa kini dan di masa dtg Ya Allah

Ya Qadir
Ya Muqtadir
Ya Muqaddim
Ya Muakhkhir
Aku merayu pada Mu, berikanlah kami Zuriat teragung dari Mu Ya Allah

Ya Awwal
Ya Akhir
Ya Zhahir
Ya Batin
Ya Waliyy
Aku merayu pada Mu, Kurniakanlah kami berdua rezeki terindah dari Mu Ya Allah

Ya Muta'ali
Ya Barr
Ya Tawwaab
Ya Muntaqim
Ya A'fuww
Ya Ra'uf
Aku merayu pada Mu, Limpahkan la Kasih Sayang yang tidak terhingga kepada kami Ya Allah

Ya Maalikul Mulki
Yang mempunyai kekuasaan

Ya Dzul Jalaali wal Ikraam
Yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan yang mulia...

Ya Muqsith
Ya Jamii'
Ya Ghani
Ya Mughnii
Ya Maani
Kemaafan telah ku berikan pada yang mengejiku Ya Allah...

Ya Dhaar
Ya Naafi'
Ya Nur
Ya Hadi
Ya Badii'
Maka tutupkanlah mulut-mulut mereka dari berbicara buruk tentang ku Ya Allah...

Ya Baqii
Ya Waarith
Ya Rasyid
Ya Sabuur
Sabar, sabar, sabar untuk ku Ya Allah...
Semoga ada sinar makbul dihujung deritaku, Ya Kekasih...

Amin...amin...amin....

Thursday, July 14, 2011

Keputusannyaaaaa adalahhhh........

As salam,

Previous entry berkenaan mdm g cek darah untuk periksa hormon...
On Tuesday hr tu mdm dah dpt tau result dia...

Alhamdulillah,
Hormon semua ok....




Next step??

Kasik turun skit la lemak2 kat badan nih!!!

Chaiyok chaiyok mdm lala..... USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!

Adios stylista~

Friday, July 08, 2011

Ujian dara....eh darah!

As salam,

Baru jek balik dr klinik ni...
Next step lepas scan on Tuesday hr tu...
Entry lepas ada ceritakan pasal scan scanner scanning tu...gagaga..

So, pagi2 sgt takut untuk merealisasikan ujian dara darah itu...
Siap sakan post kat FB meluahkan emosi madam yg tertanggu..

Eh, serius...!
Madam mmg takut kena cucuk...
Kaki tangan seram sejuk dibuat nyer..
Tp Alhamdulillah, berkat sokongan kawan2 tersayang,
settle amik 6ml darah untuk ujian hormon dan pemeriksaan tahap kesuburan..

(credit to google)

Antara ujian yg dilakukan adalah :-

1. Ujian FSH (follicle stimulating hormon) dan Ujian LH (luthenising hormon)
Darah di uji untuk menguji kesimbangan hormon kedua2 tersebut di atas dan menaksir samada terdapat telur yang tersimpan di dalam ovari.

2. Ujian prolaktin dan tiroid
Ujian ini untuk mengesan masalah tiroid yg terlalu aktif atau pun prolaktin yg merembes secara berlebihan, seperti yg di terangkan dr. prolaktin tu adalah hormon susu (kalu tak silap la...) biasanya wanita yg mempunyai haid tidak teratur mengalami masalah ini (madam ler tu...haid tonggang langgang!)

Ituler antara ujian yg dr. brief madam td... tang istilah2 tu, mdm google sbb mana ler nak ingatkan ayt2 medic tu...igt tang sot fom sot fom tu jek..agagagaga....

So, the result is on Monday, hopefully everything gonna be alrite...

Pray for me dear all...
Amin...

Wednesday, July 06, 2011

Check up!

As salam,

Oke, blog ni mmg akan selalu menceritakan tentang usaha mdm untuk mencapai visi dan misi pregnant!

Masalah utama madam adalah period yg tidak teratur...
Dah 3 bulan belayar itu jepun, last week just bg tanda2 tp stil tak mau keluar,
sbb risau (perut ni lak kemain boncit lagik) g wat check up kat panel td...

Alhamdulillah, condition rahim ok..
Bersih, tiada Fibroid / ceist (tak sure ejaan dia sila google)
Dan ketebalan dinding rahim pun excellent...
Mdm dok bimbang kalu takder baby, takut ada 'benda' lain yg menempel....
Sekali lagik bersyukur ke hadrat ilahi...

Next step - cek hormon..
Amik dara...eh DARAH...dara dah takder..khatam dan kelaut..gagaga..
Jumaat ni insyallah akan proceed amik darah dan cek hormon..
Samaada ada tiriod ke, hormon susu tak seimbang ke...or a few hormon lagik yg madam kurang pasti istilahnya..

Proses kat atas ni, adalah antara usaha yg mdm tgh buat skarang ni...

Urut peranakan?
Ada jugak yg suggestkan, tp kena cari mak bidan tukang urut yg betul2 pandai..
dah jumpa sorang, tp kena tunggu period 1st DAY, bru leh pergi...
So, harapan sekarang bila cek darah nnt mintak2 la segala kesulitan ini terjawab...
Dan mudahan2 tiada la hendakknya penyakit2 yg teruk kat madam ni...nauzubillah...amin....

Ada sesapa kat sini yg lom preggy even dah lama kahwin tak?
Nak share sumthing dgn madam?
Sila leave komen k...muah2....

Friday, June 10, 2011

Liku liku hidup...

As salam..

Kronologi idup..madam lala....

Masa anak dara
Bila nak kahwin?
Aik cantik camni (cantikla sgt) pun takder org nak?
Nak jadi anak dara tua ke???
Umur dah 27 takkan tak der hati nak kahwin kot?
Tula, org tua2 dah pesan jgn tolak pinangan org smpi 3 kali, nnt kompom jd andartu!


Masa dah kahwin
Eh, kau dah beranak?
Laaa...tak beranak2 lagik ke kau ni?? 
Cepat2 ler beranak tu...umur dah lanjut...
Kau ni tak suburrrrrr kottttt???
Kau tak layak jd ibu gaknyer sbb tu takder hanak....!
Garang meroyan mcm tu mmg patutler takder anak....
Sian laki kau, esok2 cr lain baru tau...cecepatler beranak tu...


Argghhh...kalu dihitung dikira ditolak di darab dibahagi ditambah...
Mmg downnn downnn downnn  nak teruskan idup lagikk...
seriously...ayt2 kat atas tu dah naik jelakkkk madam telan..
dah macam imune pun ada..

Kadang2 ketawa berdekah2..
Kadang2 menangis teresak2..
Kadang2 meraung dlm hati maki hamun menyumpah seranah org2 bermulut bangkai tu..
Kadang2 istighfar untuk kuatkan diri...
Kadang2 rasa mulut2 bangkai tu BODOH dan JAHIL ttg hukum alam... lebih2 lagik ttg KUASA ALLAH...

Apa yg mdm buat...??
Usaha dan tawakal..
Hati kena kental....
Jiwa kena waja...

Tapi madam manusia biasa, kadang2 sentap jugak..
nak2 bila sedara mara, sepupu sepapat, kawan2 yg baru jek sebulan dua bulan kahwin dah lekat..
stressfulllll...................... dan selalu hati ni desakkkkk madam swoh cepat2 dpt baby
kadang2 kalah dgn mainan perasaan sendiri...
kadang2 lawan hasutan2 kat teliinga ni...

Apapun, semua ni ada hikmah...
Hikmahnya, madam tak perlu fikir pasal lampin, susu, baju...masa yg terhad...
badan yg penat....
Relation madam dan sepian makin rapat, really in love into each other....
knowing each other dgn lebih2 dalam lagik...
Boleh bersopink tak kira masa...keluar berjiimba tanpa perlu risau buah hati ditinggalkan..
(semua contoh di atas tu adalah dr rungutan kawan2 yg dah beranak pinak,)

Yelah, manusia tak pernah puas dgn apa yg dia ada...apapun madam perlu mendidik diri madam ni
agarrrr lebihhhh

BERSYUKUR.....

ALHAMDULILLAHHHHH.......

Wednesday, May 04, 2011

Our biografi...(sangat)....

As salam,

Kronologi? Ish, sound too siyes...
Biografi? Ouch, sound poyo...

Jadi suka hati kamoo semua nk labelkan this entry apa, mengapa,bagaimana, siapa, dan setime dgnnya..
Entry ini brgambar...tak mau fening2...sbb siapa yg dah follow blog Madam Lala sure tau pasal diri madam sikit2... entry ni pulak just a simple way to let u know who are us... wahh..boleh gitu ayt omputih ke laut..kikiki....

05 Aug 2006 
Hari Perkenalan madam dengan si sepian.... 3 bulan lepas tu sepian hantar cincin risik....

30 Jun 2007
Our engagement day... yippie yippie yeahhh....  tema pink untuk outfit, unggu untuk hantaran....

rock tak?

06 December 2008 - Our weddink day...
Yeahhh...yippie yippe yeah...dah jd binik org....derrr....
 
nikah and batal ayer semayang time...

Menunggu time nk g semajid untuk dinikahkan...

Sanding time!!! Ho yeah...bju dasar putih gemuk!!! Masdam mencik...mencik...mencik...
Yemak terlebey sana sini!

13 December 2008
Reception sebelah rumah sepian...


Picture ni betul2 sehari selepas berkahwin.... hihihi
masih suci murni tau time ni...kkakakaka...

Latest photo : 2 tahun 5 bulan setelah menikah...badan madam naik mencanak, badan sepian maintain...kikiki....

Kenapa badan madam naik mencanak2??? 
Haa..next entry mdm kasik tau....

Dalam 2 tahun 5 bulan tu jugak macam2 benda mdm dah lalui...

Mac 2010 mdm preggy tp mdm tak notice pun...tak lama lepas tu drop pulak...mungkin takder rezeki lagik..
dan madam redha dgn ketentuan Ilahi, (tak suka nk story moment ni..tak tau kenapa)

tp mdm harap sgt ada benih sudi bercambah lg dlm rahim ni satu hari nnt.... 
zuriat terindah untuk kami berdua...
Sampai la ni, kami masih menunggu, menunggu, dan menunggu......
Semoga penantian ini akan segera berakhir....

Amin....

Saturday, April 30, 2011

Its Madam Lala's true life...

As salam

1st attempt..bnyk kali pikir nak buat ke tak, banyak kali try n error...tukar template itu,
tukar template ini, semua tak kena...last2 dpt jugak this one, yg mmg kena tengan TEMA blog ini...

Actually blog ni asalnya adalah blog madam lala sopink,
tp sbb berkubur impian mdm tu, mdm berhasrat nk bukak lagi satu blog, berkenaan dgn dilema
wanita..(waa....) yg madam alami dan masih alami....jd blog sediada hanya ditukar nama kepada
MADAM LALA LIFE (ada s takder s disitu adalah pedulik hape...hihihihi)

Its been 2 years madam menunggu...dan still menunggu..
actually this blog di wujudkan adalah dr HARAPAN dan KEINGINAN madam untuk punya
blog khas sempena anak2 madam...NANTI...sound merepek, tp dimana ada keinginan disitu ada jalan..
dan mana tau, lahir jek blog ini, terbit pulak satu keajaiban dlm diri madam...

Blog ini  keseluruhannya adalah untuk menceritakan pahit getir perjalanan madam untuk menjadi seorang ibu....Insyallah, kalu dizinkanNya dan di beri rezeki, PASTI ADA...

Usaha, Doa dan Tawakal

3 faktor itu sudah cukup.... cuma menanti keizinan dr yg Maha Esa...

BLOG INI PASTI JUGA BERBEZA DGN MDMLALA..blog itu lebih banyak menyentuh kehidupan madam dan sekeliling madam, dan jarang pula menyentuh keghairahan dan kesabaran madam untuk mempunyai anak...anak dan anak....anak..anak...anak... dan seterusnya...

Semoga dengan blog ini, mdm dpt berkongsi pengalaman suka dan duka madam dgn kawan2 yang senasib dgn madam, mana tahu ramai pulak yang akan bg tips, dan info berguna untuk madam dan sepian terapkan dan usahakan...

Insyallah kronologi usaha madam untuk mendapatkan zuriat akan madam paparkan di sini...
di blog khas ini....

MENUJU PUNCAKKK....yeahhh....