Pages

Followers

Thursday, February 07, 2013

Macamana nak buat org faham?

As Salam,

Oh, lama tak mencoret sampai blog TTC ni dah dimakan anai2 cyber (eceh),
kalu isu meroyan perihal anak lantingkan saja ke sini...hahaha

Uols...

Isu madam pada petang yang sedang hujan lebat ini (mari tadah tangan rakan2 TTC tersayang, mohon dipanjatkan doa agar dimakbulkan keinginan kita yang satu itu...aamiin) adalah berkenaan dengan isu
MENJAGA HATI...

Bagaimana kita nak didik rakan-rakan TTC supaya hatinya tidak fragile dlm isu anak?
Sedangkan madam sendiri TERLALU SENSITIF/OVER FRAGILE kalu isu anak ini dibangkitkan..

Bagaimana pula nak bagitahu rakan2 sekeliling bahawa isu anak itu bg rakan2 TTC adalah super duper sensitif?

Tepuk dada tanya selera...
Mudah sahaja jawapan madam bukan?

Mari madam kategorikan perihal ini..

PEREMPUAN A : Perempuan ada anak, punya anak..
PEREMPUAN B : Perempuan yang sedang berusaha mendapat anak, belum mempunyai anak... aka TTC
PEREMPUAN C : Perempuan yang pernah punya anak, tetapi dipinjamkan sekejap sahaja oleh Yang Satu...

Perempuan A
Segelintir (mdm guna segelintir ye dan dari sudut pengalaman madam sendiri)
kategori ini, tidak faham perasaan golongan TTC... dimulut faham.. tp dihati dan tindak tanduk? Langsung tidak fhm..!
Rasa diri mereka sempurna punya anak?
Rasa lengkap?
Lupa anak itupun salah satu PINJAMAN?
Makanya SINDIR MENYINDIR, CAKAP TIDAK BERALAS, YAKIN DIRI 'KESEMPURNAAN' ITU KEKAL SELAMANYA, TIDAK MENGAMBILKIRA PERASAAN ORANG LAIN...dll perihal yang mematahkan hati sahabat?
sendiri fikir...SENDIRI INGAT.. ITU SEMUA PINJAMAN, BUKAN MENDOAKAN, TP MEMPERINGATKAN... jgn terlalu yakin diri hingga tergamak melukakan hati org lain...

Perempuan B
Setiap kali terjadi perkara2 yang dilempiaskan oleh Perempuan A, si Perempuan B akan down, kecewa, sedih, rendah diri, maruah tercalar dll...

Perempuan C
Mungkin bekas Perempuan A yang tidak tahu beralas bila bercakap, hukum karma mungkin ke atas dirinya?
Makanya, sekarang ini Perempuan C lebih memahami perasaan Perempuan B?

Isunya berbalik kepada tajuk kat atas..

MACAMANA / BAGAIMANA NAK BUAT ORANG SEKELILING FAHAM?

The answer is simple...
I wont give a damn!
Sebab letih dah...
letih bila setiap kali rakan2 bercakap tidak beralas, (ye mungkin tiada niat walupun sudah berkali2 isu yang sama dibangkitkan namun masih tiada niat..grrr...)
letih bila terpaksa membina benteng setinggi2nya agar hati sendiri tidak terluka...
letih bila org org sekeliling kononnya berniat nak bg support tapi caranya tidak kena...

DIAM BOLEH TAK?
TAK PENAT KE SAKITKAN HATI ORANG?

DIAM BOLEH TAK?
SEBAB DIAM ITU BIJAK?

DIAM BOLEH TAK?
SEBAB CAKAP TU MENGGURIS HATI ORANG LAIN

DIAM BOLEH TAK?
DAN JAGA ANAK DAN LAKI TU ELOK2...!

SEKIAN!