Pages

Followers

Monday, May 13, 2013

Introducing Our Arasy Uqail....

Salam korang...

Apa kabau anda disana?
Harap baik2 saja..

Madam?

Alhamdulillah....sihat sejahtera..
Igt pada entry madam yang lepas?

Adoption?
A.U???

So,
today,
in official..

MADAM AND SI SEPIAN, introduce uols..
our beautiful and hensem SON!!!

ALHAMDULILLAHHH...
hanya dpat memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat ilahi...
atas kurniaan dan limpah kurnia darinya

kami hanya mampu berdoa,
semoga amanah Allah ini dpt kami jaga dengan sebaiknya...

ANAK KAMI..
ye anak kami..

from the first time we lay our eyes pn him...
we know that Arasy Uqail is meant for us!!!

Masa berkias2 di fb malam hr tu...
barulah madam sedar, ramai yang sayangkan madam..
doa, ucapan tahniah (walupun sebenarnya korang semua igt yang madam preggy)
dan pelbagai ucapan istimewa mmg buatkan madam touching giler...

thnk u alll...

so darling...

here he is....

our one and only (for now) handsome boy....









ARASY UQAIL.....








pic terbaru Arasy Uqail..sejam yng lepas.. ni tgh menggelisah nk susu agknyer...
hari sebelum madam ambil Arasy, barulah madam beria2 membeli barang untuk beliau...
toksah pk berapa banyak abis, malah berbesar hati dpt showerkan beliau dgn macam2 barang...

pic ni pi pertama masa madam dtg umah biological parent dia...
pertama kali lihat arasy begini, hati sudah jatuh sayang..





More about him soon...
maybe madam akan buat kronologi mengenai pengambilan beliau..

Alhamdulillah buat masa ni Arasy anak yg sangat baik..
tak banyak ragam dan sgt senang menguruskan..

kalu nak ckp pasal kekok mmg mula2 handle fragile bby cenggini, menggigil tgn..
but setelah hampir seminggu menjaga Arasy madam dah dpt bonding dan adopt dgn situasi...

cuma mata madam jek la dah macam beruang panda..bahahahaha

but it is a very wonderful feeling.. dan madam tak menyesal langsung malah bertambah bahagia dgn adanya
Arasy ni....

ok nnt sbug ok.. mdm skang bz dgn hidup baru..
disebabkan blog ni mmg khas untuk life TTC madam, makanya selepas ini ia akan khas juga untuk Arasy madam..



bye bye

DOAKAN ARASY UQAIL SENTIASA SIHAT, MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG BAIK DAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG SOLLEH....

Friday, March 29, 2013

A.U Basic needs....

As salam,

Semalam,
Semalam, Hari Semalam tu.
Kawan si sepian call,
Bini dia dah sakit nak bersalin..
(bakal anak angkat kami, insyallah kalu ada rezeki)
Dah sakit2 nak bersalin..


Masa sepian beritahu madam, hujan dimalam Jumaat lebat selebat2nya...
Allah,
adakah sungguh rezeki ini untukku?
Jika A.U ditakdirkan untuk menjadi anakku,
jadikanlah dia anak susuan ku,
maka kau murahkan rezeki A.U
aku antara takut
antara excited
antara panik
antara tak sabar
antara bertenang
bergaul2 perasaan tu menjadi satu..

Kala menaip entry ni,
satu barang pun tiada lagik untuk A.U
bikin bakal mummy A.U pening..
sbb tiada pengalaman seumpama ini..

Makanya entry ni untuk listingkan, apa basic need (yg penting dulu)
untuk baby A.U

A.U tu nama dia yg madam dah pilihkan, kalu ada rezeki,
n betul2 dah ada di tangan, n dah register, baru madam revealkan ok?

Things To Buy (i love the word BUY very much~ sounds more to SHOPPINK isnt it?)

1. Diapers (NB)
2. Toiletries  - J&J (baby shower, lotion, shampoo etc.)
3. Minyak telon / minyak yuyi
4. Lampin
5. Towel
6. Botol susu (NB)
7. Susu formula
8. Baju basic
9.  Mitten and booties
10. Bassinet / Tilam / Bantal etc.
11. Besen mandi



(for now itu jek dulu yg madam perlu grab cepat2, sbb baju2 baby yg newborn bnyk aqif - anak buah madam punya....kira rotation la, NB baby kan cepat membesarkan.. so jgn membazir.. kena ajar A.U jgn jd sopaholic cm mummy dia...)

Doakan madam!

Wednesday, March 27, 2013

Adoption~

As salam,

Yes true, 
we were thinking about adoption since a couple of month before..

Ada, a few family members yg dok carikan anak/baby untuk dijadikan anak angkat..
but, at that time kami telah meletakkan beberapa kriteria kepada bayi itu..
we are not being a fussy couple, but.. we tot mmg perlu ada beberapa kriteria sebelum we decide to take one step further...


Hanya ada 2 kriteria sahaja yg kami telah persetujui.

1. Bayi lelaki
2. Anak sah taraf

Dari awal tahun kami telah searching, and searching, tanya then tanya..
tapi masih belum menemui...

Kriteria pertama, mudah dipenuhi,
namun kriteria kedua paling susah..

Lantaran itu, dpt madam kaitkan, betapa terukkkknyaaa dunia sosial kita pd msa ni..

Kenapa? Kenapa kriteria pertama dan kedua menjadi pilihan?

1. Bayi lelaki
Kalu bayi perempuan, even madam telah menyusukan (ibu susuan) auratnya dengan sepian pasti terbatas, kalu bayi lelaki, dan rezeki untuk madam dan dia disusu ibukan oleh madam, makanya madam menjadi ibu susuan bayi lelaki tersebut, maka aurat madam dengan bayi lelaki itu telah tiada. kerana madam akan menjadi seperti ibu kandungnya...

2. Anak sah taraf
Kalu boleh kami ingin membela, menjaga, mengasuh anak yg sah taraf, lebih2 lagik anak yatim ataupun anak org miskin etc. Bukan mahu melabelkan anak tidak sah taraf itu sebagai hina (yang hina adalah ibubapanya yang melakukan perbuatan terkutuk itu), tetapi KAMI BERDUA TIDAK MAHU TERBEBAN DENGAN PERTANYAAN ANAK ITU NANTI, DARI MANAKAH DATANGNYA DIA...dll pertanyaan yg bisa menghancurkan hati anak itu...
kami tidak sampai hati untuk memberitahu perihal dirinya (kerana kami pasti satu hari nanti kami pasti akan dituntut dgn pertanyaan itu), mungkin org lain tidak kisah tentang itu, tetapi tidak kami... menghancurkan hati anak yang telah kami pelihara (insyallah) adalah perkara yg paling kami tidak ingini..


Makanya, 
Doakan yang baik2 saja untuk madam..
TTC 4 tahun, dan sebenarnya masih lagik berusaha untuk anak sendiri..
Kata mum, 
'cuba pelihara anak angkat dulu, mana tau lepas ni lekat'
menjadi azimat madam dan si sepian untuk mencari cari dan cari..

Alhamdulillah,
sudah ada yang sudi memberi, tapi madam tidak mahu beria2 menanti, kerana bimbang kami terluka..
Yelah, manala tau pasangan tersebut berubah fikiran...
Jadi kami tidak mahu terlalu memikirkan..
jika Allah mengatakan YA, maka sebulan dari sekarang bergelarla kami ibu dan bapa...
mummy dan daddy kepada...

......................................

Dan jangan persoalkan niat dan nawaitu kami,
kerana hanya Allah juga yang tahu kenapa, mengapa dan apa yang kami telah decide ini...


Nota :
Hanya doa dan doa dan doa dari kalian semua kami harapkan,
dan sokongla kami wahai keluarga, rakan2 dan sahabat handai,
kerana kami telah melalui 4 tahun yang jerih dan perih............................
(hari ni serius saja bahasa ENTRYnya, sbb YES, KAMI MEMANG SERIUS TENTANG HAL INI!)


Wassalam...