Pages

Followers

Wednesday, March 27, 2013

Adoption~

As salam,

Yes true, 
we were thinking about adoption since a couple of month before..

Ada, a few family members yg dok carikan anak/baby untuk dijadikan anak angkat..
but, at that time kami telah meletakkan beberapa kriteria kepada bayi itu..
we are not being a fussy couple, but.. we tot mmg perlu ada beberapa kriteria sebelum we decide to take one step further...


Hanya ada 2 kriteria sahaja yg kami telah persetujui.

1. Bayi lelaki
2. Anak sah taraf

Dari awal tahun kami telah searching, and searching, tanya then tanya..
tapi masih belum menemui...

Kriteria pertama, mudah dipenuhi,
namun kriteria kedua paling susah..

Lantaran itu, dpt madam kaitkan, betapa terukkkknyaaa dunia sosial kita pd msa ni..

Kenapa? Kenapa kriteria pertama dan kedua menjadi pilihan?

1. Bayi lelaki
Kalu bayi perempuan, even madam telah menyusukan (ibu susuan) auratnya dengan sepian pasti terbatas, kalu bayi lelaki, dan rezeki untuk madam dan dia disusu ibukan oleh madam, makanya madam menjadi ibu susuan bayi lelaki tersebut, maka aurat madam dengan bayi lelaki itu telah tiada. kerana madam akan menjadi seperti ibu kandungnya...

2. Anak sah taraf
Kalu boleh kami ingin membela, menjaga, mengasuh anak yg sah taraf, lebih2 lagik anak yatim ataupun anak org miskin etc. Bukan mahu melabelkan anak tidak sah taraf itu sebagai hina (yang hina adalah ibubapanya yang melakukan perbuatan terkutuk itu), tetapi KAMI BERDUA TIDAK MAHU TERBEBAN DENGAN PERTANYAAN ANAK ITU NANTI, DARI MANAKAH DATANGNYA DIA...dll pertanyaan yg bisa menghancurkan hati anak itu...
kami tidak sampai hati untuk memberitahu perihal dirinya (kerana kami pasti satu hari nanti kami pasti akan dituntut dgn pertanyaan itu), mungkin org lain tidak kisah tentang itu, tetapi tidak kami... menghancurkan hati anak yang telah kami pelihara (insyallah) adalah perkara yg paling kami tidak ingini..


Makanya, 
Doakan yang baik2 saja untuk madam..
TTC 4 tahun, dan sebenarnya masih lagik berusaha untuk anak sendiri..
Kata mum, 
'cuba pelihara anak angkat dulu, mana tau lepas ni lekat'
menjadi azimat madam dan si sepian untuk mencari cari dan cari..

Alhamdulillah,
sudah ada yang sudi memberi, tapi madam tidak mahu beria2 menanti, kerana bimbang kami terluka..
Yelah, manala tau pasangan tersebut berubah fikiran...
Jadi kami tidak mahu terlalu memikirkan..
jika Allah mengatakan YA, maka sebulan dari sekarang bergelarla kami ibu dan bapa...
mummy dan daddy kepada...

......................................

Dan jangan persoalkan niat dan nawaitu kami,
kerana hanya Allah juga yang tahu kenapa, mengapa dan apa yang kami telah decide ini...


Nota :
Hanya doa dan doa dan doa dari kalian semua kami harapkan,
dan sokongla kami wahai keluarga, rakan2 dan sahabat handai,
kerana kami telah melalui 4 tahun yang jerih dan perih............................
(hari ni serius saja bahasa ENTRYnya, sbb YES, KAMI MEMANG SERIUS TENTANG HAL INI!)


Wassalam...