Pages

Followers

Thursday, February 16, 2012

Pillow Talk

Salam,

Semalam madam had a serious talk dgn c'sepian... (lebih kepada pillow talk sbb situasi time tu tgh melayan mata yg semakin memberat)

gmbr seksi sikit sbb puas ku gugle gmbr sopan2 haremmm takder...kuikuikui...

Mula2 madam yang bukak topic preggy.. sebab environment madam skang mmg ramai kawan2 yg preggy..
syukur Alhamdulillah untuk mereka.. rezeki Allah mana boleh di tolak2 ye tak?
Bukak topik tu pun sbb adala a few issue yg buat mdm 'rimas' sikit dan perlukan sepian untuk mengadu.. huhueheueheu... (org tak rasa apa kita rasa, maka org tak tau... bukan sengaja nak sensitif tak tentu pasal tau..)

Lepas tu sepian pun bukak la topik kat sebelah environment dia, dia ckp member2 yang sama kahwin dgn kami (3 tahun lepas, isteri masing2 dah preggy)

Madam tanyala apa dia rasa...

C'sepian : Lantak la.. b dah malas nk stress2.. kalu ada, ada lah.. kalu takder ada hikmahnya Allah buat semua tu.. Ibu pun tak patut stress sgt... relax jek la bu...

Madam diam jek, dan dah startla drama air mata sebabak.. 
Puas tutup muka dengan bantal, dan buat2 tido.. (sepanjang 3 tahun ni, di duga dgn ujian Allah yg ini, selalu menangis bila nak tido..kadang2 dalam tido pun menangis... bgn pagi tu mata mesti sembab2)

Paling tak tahan, bila bukak jek mata terjengul muka laki aku yg cerah tu.. kantoi.. 
tp paling2 sedih, bila tgk mata dia bergenang jugak..
time tu rasa  mcm jd isteri yang tak berguna.. hahaha.. serius.. tak berguna...

Frankly semalam madam menangis bukan sbb tak redha ke apa , tp sebabnya lebih kepada KASIHAN KAN C'SEPIAN..
mgkin apa yg madam hadap hari2 tak sama dengan apa yg dia tangani..

Dia pernah ckp jugak, mulut lelaki lagik dasyat.. kalu mengusik boleh smpi bawak bertumbuk..
Madam kesian kan dia.. 
Tp kami sudah berusaha, madam sudah berusaha, tawakal jek la pada Allah..

madam tau, Allah mempunyai perancangan yang baik untuk kami berdua..
Allah juga pilih madam, sbb Dia tahu sejauhmana madam leh terima ni semua..
Dia takkan uji madam diluar kemampuan madam.. (mgkin perempuan lain tak kan setabah ini)

madam pasrah dan madam redha..
tp macam biasalah, bila mulut2 tak tau ditutup ni berkata2, meruntun jiwa kadangkala...
perlakuan, atas niat, tanpa niat, dengan niat, hanya mereka jek tau..
maka perlu la bersyukur dan jgn riak sgt dgn kurniaan Allah..

mgkin madam di uji dgn ujian begini, tp tak semestinya kamu takkan diuji dan sentiasa bersenang lenang dimuka bumi ni ..ye tak? mungkin kamu tengok kami berdua menderita, tp kamu tak tahu madamlah wanita paling bahagia di sisi sepian... 
cuba tgk berita2 kat paper yang lepas...
sedangkan ibu yg dah melahirkan, anak boleh meninggal tersedak susu tiba2.. \
Dia nak bagi senang, Dia nak tarik pun senang.. (nauzubillah)... kan?
jadi jgn yakin sangat...
dan berfikirlah sebelum bercakap..atau jagala perilaku dan adab...
jgn sampai menyinggung perasaan org lain...

itu sahaja... sekian..terima kasih..