Pages

Followers

Wednesday, September 26, 2012

It's been ages!

Salam,

ooo.. been ages berjanggut lamanya tak updet dlm ni...
mmm...
sumtimes when me meself thinking about this tiny blog mcm lost giler
wat to write, wat to share?
coz this blog are specially create for my TTC times...
its been 4 month since my last updet.. (who cares? kan?)

4 month?
still nothing huh madam?
yeah yeah yeah...still single mingle no diapers bag to carry..
chill n relax huh? yeah uols, im happy wif my single mingle life for now
eventho sumtimes teringin nak dengar sore budak berteriak kat telinga mintak susu.. eceh..

4 month = 4 years ttc.. (bulan 12 ni)
amboi mcm dejavu the angka 4..
coi coi coi..

me doing fine, cuma 3 weeks time ni got fever, tonsil bengkak, mengah sbb lelah..n a few simptom mcm tak selesa
lepas tu ramai la dok ckp MENGANDUNG kot, PREGGY kot, MELEKAT kot..dsb...
muakkkkk dahhhh uolsssssss.....

yes i am late for almost 1 month skang ni, cek the UPT 2 times (on 1st week n 3rd week late) but still single line appear..  single lagik.. kena sgt..!


pasrahh... 4 tahun geng.. 4 tahun buat UPT ni, dah beratus2 kot bendalah ni dibeli, dibuang begitu saja...dan bila result negative dah tak rasa apa dah..
gelak jek kot..
bila masuk blk bilik air dlm 3 minutes to 5 minutes times, tgk single line leh gelak2 smbil geleng2 kepala
because prev. masa buat test, dok doa segala bagai... but yela, Yang Agung ckp tunggu dulu, tunggu la kita sebagai hambanyakan?
hukhuk..tp sebagai manusia biasa (yg selalu ditekan oleh org2 sekeliling) rasa DOWN tu mmg dah jd middle name dah...

madam kau suka jek kot (even tak preggy lagik) dok google n kumpul all the theories mengenai pregnancy..
i have to be fully prepared tau...! n of coz from now.. rejeki Allah bila2 masa jek kan..
tgk mcm blogger kesayangan hamba neenaanuar tu, berapa lama dia TTc..
alhamdulillah syawal rituh Allah bg dia rejeki yg tak disangka2..
semoga her lil caliph membesar dgn sihat dan mummy gorjes gonjeng tu pun sihat sejahtera hendaknya..
aamiin....

serius uols, madam meleleh air mata bila baca entry dia dah preggy..
bersyukur sgt2 untuk dia tau!
kawan2 TTc madam yg disayangi, sentiasa bg supprt kat each other smpi kami ada group khas untuk TTC...
merekala yg menguatkan semangat pdmadam dan masing2 saling memberi kata semangat..

oi.. org tak duduk dlm kasut kita, tak tau...
dok cakap pung pang pung pang begitu begini
tanpa kira perasaan org uolss..

paling best bila kami nilah insan terpilih, yang disayangi oleh Allah tentunya..
paling diberi perhatian... dan kamilah insan yg sentiasa berdoa dan merayu rayu dariNYA..
kau mampu di uji sebegitu besar?
gitew...

k lah, berhenti lah meroyan wahai madam TTC.
org lain yg bukan TTC belum tentu fhm masalah jiwa madam...hakhakhak..

sekali lagik, sahabat handai yg bijak2 diluar sana, yg selalu teringin nk tgk madam lala junior tu,
doakan madam n si sepian untuk berjaya berjaya membuat anak... hukhukhuk

wassalam....







Wednesday, May 02, 2012

Macam Sekut~

Salam satu mesia..

Berita gembira jugak..
Setelah sebulan menjalani dan mengamalkan rawatan sendiri, akhirnya hilang jugak..

Tadi pergi scan lagik untuk makesure samada cyst tu membesar or nope..

Bersyukur ke hadrat Allah, sbb HILANG sudah...
Supposed doktor assume cyst tu akan hilang bersama dgn period.
masalahnya dah 3 bulan mdm tak di jajah jepun..
risau sgt2 kalu2 cyst tu membesar..

tp td, bila buat cek up... alhamdulillah. mmg takder dah..
hilangggg...

Apa yg madam buat???

Nk ckp g sonotron, tak g pun.. kkekekeke
madam hanya mengamalkan makan (kunyah)  7 biji (selawat) - BIJI HABATUS SAUDA DAN 1 sudu besar MINYAK HABATUS SAUDA, 







makan setiap hari,
dan untuk sapu di rahim/perut boncet ni, madam gunakan JERSLIN OIL...

pic di import dr blog Madam Lala 


nampaknyer kena la amalkannn selalu...
takmo putus putus.............

insyallah..........

Sekali lagik bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempekenankan doa madam supaya cyst ni hilang dan mudahan2 jgnlaaaa muncul2 lagik...

amin amin amin...............


Note : Kalu nak beli produk Habatus Sauda tu leh saje ke LINK INI..!!!



KITA IKHTIAR, ALLAH YANG MEMAKBULKAN....




Friday, March 23, 2012

A.D.A

Salam,

2nd inspection (giler mcm kilang madam kau ni ha..!)


Kali ni terjah Klinik Wahidah pulak.. just to make sure, and need advice for 2nd opinion..
Tp dr. wahidah ckp its too small..sbb mmg puas dok godek2 perut td..
bru nampak...

so..

terapi sonotron akan berjalan jugak just incase.. starting from 4 April 2012, i will be busy for a whole week..
mmm.....

rasa nk pergi bercuti tenang-tenangkan jiwa...

k, bye!



Saturday, March 17, 2012

Cyst ????

Salam

Semalam, Jumaat... yg mulia..

2 minggu period lewat..
sangka kan ada cahaya dlm ni..




tp.. ada CYST rupanya.. 2.6cm...
in general CYST adalah bendalir yang dikelilingi oleh dinding yang sangat nipis,di dalam ovari.

last checkup masa July lepas.. condition rahim nice and clear..

sekejap jek Allah nk uji..

kali ni rasanya dah takder air mata...
redha, redah dan pasrah...

4 April ni scan lagik untuk mengetahui adakah cyst ni membesar lagik or tidak....
Hopefully mengecil..
Then, terapi sonotron akan dijalankan selama 6kali berturut..
sonotron?

next entryla madam terangkan apa tu sonotron...
in general, sonotron tu bukan pembedahan...
tp satu kaedah tanpa pembedahan..

kalu boleh takmo sampai kena operate..
takutnya Allah jek tau..
pergi bawak mum nebulizer kat ER pun nk pengsan selalu..
inikan pulak mengalaminya..
nauzubillah mintak jauh2..

satu lagik ujian Allah untuk cuci dosa-dosa madam yang lalu..
redha...redha... dan pasrah..

doakan madam...




Friday, March 16, 2012

Pseudocyesis

Salam,

Last entry madam ada bg info mengenai tanda-tanda awal kehamilan kan?

So, kalu semua tanda2 tu ada,  bila buat UPT still negative..
Apakah yg menyebabkan perkara ni terjadi...?

Salah satunyer adalah di sebabkan pseudocyesis... atau untuk lebih fhm
KEHAMILAN PALSU...

Secara general kehamilan palsu terjadi disebabkan :



Konflik emosi - terlalu obses untuk hamil sehingga setiap perubahan kecil yg berlaku pada tubuh, di tafsirkan sebagai hamil.. seperti, perut membuncit, berat badan naik, tidak period dlll lagi. Lihat link di atas untuk ketahui lebih lanjut...
(Ya Allah jauhkanlah aku dari penyakit emosi ni)

Kebiasaannya gejala kehamilan palsu ini menyerupai gejala kehamilan sebenar dan sgt sukar untuk dibezakan.
Individu akan mengakui dan percaya dirinya hamil tetapi pada dasarnya dia TIDAK HAMIL..sedangkan secara emosi dan fizikal sudah ke arah2 kehamilan...

Tiada rawatan khusus bg gejala ini buat masa ini.... namun, rawatan yang paling berjaya adalah ujian ultra sound/scan perut  atau pengimejan yang lain....

Satu lagik info. berguna untuk TTCians mcm madam dan kawan-kawan lain!!!
(tetiba rasa oh aku komuniti TTCians..!!!)

 Madam ada hutang entry berkenaan BBT... tgh kaji gali dan gali...




Wednesday, March 14, 2012

Tanda-tanda

Salam,

Common sign kalu preggy.. google here and there.....



0. Missed period

1. Fatigue / Nausea

2. Vommit

3. Enlargement of breast

4. Strange craving

5. Braxton Hicks Contractions - macam sengugut tp ringan

6. Soreness of the breast

7. Changes in libido

8. Frequent Urination

9. Sensitivity to Aroma

10. Morning Sickness

11. Heartburn and/or Constipation

12. Higher body temprature

13. Low back pain

14. Discharge

15. Implantation Bleeding

16. Bloating and Weight Gain

17. Food aversions

18.  Mood swing and irritability

19.  Feeling Exhausted and Sleepy


20. Positive Pregnany Test Result




Sekain, eh sekian!





Tuesday, March 13, 2012

Conceive Plus?

Salam,

Madam akan cuba share knowledge sikit2 yg madam absorb sana sini dan cuba bg link sebaik mungkin.
sekarang ni madam suka involve dlm forum mereka2 yang senasib dengan madam..
kalu ada kawan2 yang nk join.. sila daftarkan diri di RATUHATI
Kat situ ramai member2 yang bg tips, info dan usaha2 yg derang dah buat...

Untuk itu, hari ni, anak2 sekelian, kita akan belajar mengenai produk Conceive Plus.
Ye adik2 kakak2, madam bukan nk jual produk ye kat sini..
Just nk sharing is caring..
Mgkin ada yg dah tau dan dah try, mungkin masih belum tau apa itu Conceive Plus ni..

beginilah rupa produk yg mdm topikkan hari ni.. harga dia around rm80++ kalu tak silap.
dan ada beberapa jenis package..
Macam korang boleh tengok kat pics atas ni, belah kiri jenis pump, kanan jenis tube 
dan pic bawah jenis tube kecil yg lebih user frendly...


Ok..sabar-sabar-sabar.. korang mesti nak tau apakah kejadahnya bendalah ni ken?

CP adalah sejenis LUBRICANT atau PELINCIR dlm bahasa lembutnya.. mcm Playsafe tapiiiiiiii....
Tetapi CP ni, bukan sembarangan atau semberono'an pelincir ye!
Secara basicnyer, CP membantu sperm untuk berenang (mobility sperm to ovum) lebih cepat
untuk membantu proses persenyawaan! Faham?

Bg wanita-wanita TTC (Trying To Conceive) bertahun2, mungkin ini salah satu usaha / ikhtiar lain yg mana tau membantu kita...

Honestly madam belum try, tp MESTI CUBA..selagi ada jalan madam pasti cuba dan ikhtiar..
But! Ikut step by step la dear.. kalu buat semua cadangan org2 sekeliling sekaligus, yg penat BADAN SENDIRI
bukan badan bini ketua kampung beranak 11.. ken?

Kalu nk tau lebih lanjut mengenai CP ni, korang klik Link dekat atas tu... 'produk CONCEIVE PLUS' nun..
madam nk terang lebih2 takut fakta jadi auta lak kang..
mungkin kat link tu korang lebih faham..dan akan terbukak hati nk cuba jugak..

dont worry sbb ada a few forumers yg dah try, n it is safe for us..

next entry madam nak cerita pasal BBT pulak (Body Basal Temperature)... ok?
ciao dulu!!!





Wednesday, February 29, 2012

Doa untuk mendapat zuriat~

Salam,

Ok, kalu masuk blog ni mmg berkisar tentang anakkkk sahaja...
Sila jangan jemu.. iye!

Pagi tadi terbangun awal 5.30..
Dah siap2 bagai sementara tunggu nk g kerja layan Ar-Rayyan kat TV3..
Topik best..

Kena kelepap atas muka mak enchik kau..


'KAHWIN DAH LAMA TAPI BELUM ADA ZURIAT'

Maka sbb topik tu kena dgn empunya pendengar, bersungguh2 la madam kau menghayati isi topiknya...

Pertama sekali 

TETAPKAN NIAT!!!
Maksudnya : Nak zuriat sebab apa? Kebahagiaan? Tettt salah! Menyambung keturunan? Tetttt salah jugak...
Pengerat kasih sayanggg? Teeettttt... salah !

Sebenarnya semua tu betul, tp pertama-tamanya, niat yg harus adalah

1. 'Supaya bila ibubapa (yakni kita) dah meninggal dunia, ANAK-ANAK SOLEH lah yang akan MENDOAKAN KITA.

2. Supaya zuriat kita nanti dapat meneruskan dan mempertahankan agama Islam semasa kita dah tiada kat dunia ni nanti...

Ustazah jugak ckp, mgkin pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata antaranya adalah disebabkan dosa2 yang belum diampunkan oleh Allah..dan dosa-dosa denga manusia lain.. maka dengan itu ustazah telah memberikan ayt dan doa untuk kita semua amalkan... dan semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita yang lalu, sekarang dan masa hadapan...

PERTAMA
Yang paling wajib adalah PENGHULU ISTIGHFAR (kredit kat blog ni, sbb share dengan kawan2 lain).. Istighfar biasa kena amalkan 100 - 1000 kali dalam 1 hari, penghulu istighfar eloklah diamalkan selepas solat fardhu dan sunat, sebelum berdoa..


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)


KEDUA


Surah Al-Imran ayat 38






KETIGA


Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89




Sebenarnya kedua2 surah di atas adalah Doa Nabi Zakaria semasa memohon kepada Allah untuk dikurniakan zuriat..

Jom amalkan, madam pun dah siap2 print n nak mula mengamalkannya...


Oke, sebelum madam akhiri entry madam ni, dengan seikhlas hati, di sini madam menjadikan platform untuk memohon sejuta maaf dan keampunan sekiranya selama ini ada tersilap kata, terguris perasaan kepada anda semua, baik dlm dunia maya ni mahupun di dunia realiti, contohnya kawan2 blogger, pembaca-pembaca, sahabat-sahabat handai dan saudara mara sekelian...



Wallahualam...

Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari madam sendiri...


Monday, February 20, 2012

Dugaan demi dugaan...

Salam,

Malam ni tawa dlm tngisan.
Ketawa sbb sembunyikan air mata.
Entah bila penderitaan ini akan berakhir..

Dalam hati simpan amarah yang maxima..
Dek penangan penjelasan pak inchek kau tadi..

Entah macam mana sekarang ni kami suka berbincang ttg ANAK..
word yg betul2 killing me inside..

Kali ni, sepian menerima tekanan yg maha hebat..
rakan2 office yg takder hati perut..
sepian ckp, ada org panggil dia B*P*K hari ni.. 



hati isteri mana yg tahan dgr panggilan tu..
kenapa? madam tanya...
kenapa? sbb KITA BELUM ADA ZURIAT LAGIK SAYANG..begitu jawapan sang suami..
meruntun hati wanita madam..

Ya Allah, Ya Allah...Ya Allah
kasihanila suamiku..
kuatkanla hatinya
tingkatkan kesabarannya...
ampun kan dia jika dia marah Ya Allah..
Ampunkan kawan2 dia yang cetek iman di dada...
ampunkan aku jika ini semua salahku ...

Bayangkan seorang lelaki di gelar begitu...
jatuh maruahnya di kaki..
madam fhm itu..
lantaran itu mdm MAKI DIRI SENDIRI sbb tak mampu jd isteri yang sempurna..

hati yang sediada hancur, semakin lunyai..remuk redam..
Maha hebat dugaan kali ini Ya Rahman..
tak tertanggung rasanya hati ni..

Jgnla uji suami ku Ya Allah
Ujila aku saja..ujila aku... aku redha.. aku boleh tahan ya Allah.. kasihanila suamiku..jgn dia...jgn dia...

Ujila aku dengan diberi penghinaan dr org sekelilingku,aku akan tabah jika sesiapa menghinaku selepas ini..
kerana aku lebih tabah Ya Allah..
kerana aku tau bagaimana untuk melempiaskan sedihku..dengan airmataku..
tidak dia Ya Rahman, seorang lelaki yg memendam rasa saja...


Jgn dia Ya Allah...jgn suami ku..
jika ANAK ini mmg ujian untuk kami, aku redha...
maka jgn uji suamiku..kasihanila dia Ya Allah...
ujila aku...ujila aku....................
kerana aku tau aku lebih tabah...
lindungila suamiku..........

kasihani daku...
kasihani kami...





Comel-comel...

Salam,

Header blog ni dah bertukau... (bertukauuuuuuuuu~~)...

Pernah dengar karya Anne Gedes tak?
Sorang photographer (kalu tak silap madam) yg kojenyer mengambil gmbr baby aje...dan karyanyer sgtla unik..

Header credit to her and Google Images sbbnya mdm jumpa gmbr header to kat google images..
Cantik pulak..

Anne Gedes ni mdm kenal dia sejak dr jaman Celine Dion berghanak dan she telah hired her as a photographer..

ini antara karya beliau..

Kalu nk tgk lebih lagik..
Sila la gugel...

Awesome!~

Thursday, February 16, 2012

Pillow Talk

Salam,

Semalam madam had a serious talk dgn c'sepian... (lebih kepada pillow talk sbb situasi time tu tgh melayan mata yg semakin memberat)

gmbr seksi sikit sbb puas ku gugle gmbr sopan2 haremmm takder...kuikuikui...

Mula2 madam yang bukak topic preggy.. sebab environment madam skang mmg ramai kawan2 yg preggy..
syukur Alhamdulillah untuk mereka.. rezeki Allah mana boleh di tolak2 ye tak?
Bukak topik tu pun sbb adala a few issue yg buat mdm 'rimas' sikit dan perlukan sepian untuk mengadu.. huhueheueheu... (org tak rasa apa kita rasa, maka org tak tau... bukan sengaja nak sensitif tak tentu pasal tau..)

Lepas tu sepian pun bukak la topik kat sebelah environment dia, dia ckp member2 yang sama kahwin dgn kami (3 tahun lepas, isteri masing2 dah preggy)

Madam tanyala apa dia rasa...

C'sepian : Lantak la.. b dah malas nk stress2.. kalu ada, ada lah.. kalu takder ada hikmahnya Allah buat semua tu.. Ibu pun tak patut stress sgt... relax jek la bu...

Madam diam jek, dan dah startla drama air mata sebabak.. 
Puas tutup muka dengan bantal, dan buat2 tido.. (sepanjang 3 tahun ni, di duga dgn ujian Allah yg ini, selalu menangis bila nak tido..kadang2 dalam tido pun menangis... bgn pagi tu mata mesti sembab2)

Paling tak tahan, bila bukak jek mata terjengul muka laki aku yg cerah tu.. kantoi.. 
tp paling2 sedih, bila tgk mata dia bergenang jugak..
time tu rasa  mcm jd isteri yang tak berguna.. hahaha.. serius.. tak berguna...

Frankly semalam madam menangis bukan sbb tak redha ke apa , tp sebabnya lebih kepada KASIHAN KAN C'SEPIAN..
mgkin apa yg madam hadap hari2 tak sama dengan apa yg dia tangani..

Dia pernah ckp jugak, mulut lelaki lagik dasyat.. kalu mengusik boleh smpi bawak bertumbuk..
Madam kesian kan dia.. 
Tp kami sudah berusaha, madam sudah berusaha, tawakal jek la pada Allah..

madam tau, Allah mempunyai perancangan yang baik untuk kami berdua..
Allah juga pilih madam, sbb Dia tahu sejauhmana madam leh terima ni semua..
Dia takkan uji madam diluar kemampuan madam.. (mgkin perempuan lain tak kan setabah ini)

madam pasrah dan madam redha..
tp macam biasalah, bila mulut2 tak tau ditutup ni berkata2, meruntun jiwa kadangkala...
perlakuan, atas niat, tanpa niat, dengan niat, hanya mereka jek tau..
maka perlu la bersyukur dan jgn riak sgt dgn kurniaan Allah..

mgkin madam di uji dgn ujian begini, tp tak semestinya kamu takkan diuji dan sentiasa bersenang lenang dimuka bumi ni ..ye tak? mungkin kamu tengok kami berdua menderita, tp kamu tak tahu madamlah wanita paling bahagia di sisi sepian... 
cuba tgk berita2 kat paper yang lepas...
sedangkan ibu yg dah melahirkan, anak boleh meninggal tersedak susu tiba2.. \
Dia nak bagi senang, Dia nak tarik pun senang.. (nauzubillah)... kan?
jadi jgn yakin sangat...
dan berfikirlah sebelum bercakap..atau jagala perilaku dan adab...
jgn sampai menyinggung perasaan org lain...

itu sahaja... sekian..terima kasih.. 


Saturday, January 14, 2012

Berurut!

Salam,

Bertemu lagik di blog kunen ada baby ini..
Lama giler madam tak menebas kat tanah ni..
Asik sebuk kat tanah lagik satu tu...

3 minggu ni madam berikthiar dr segi tradisional pulak (ke arah matlamat mendapatkan zuriat)
Seriusly, semua kerja2 Allah, masa 1st time pergi, kami pergi bertiga (ngan kawan2)
Alhamdulillah, salah seorang kawan kami telah pun mengandung...... tp mcm madam ckp,
kita berusaha, tp Allah yg tentukan...

Kalu Dia katakan JADI, maka JADILAH!
Syukur Alhamdulillah untuk kawan madam tu..

Dan untuk itu, dah 4 kali mdm berurut membetulkan urat di badan2 ni, terutama di bahagian peranakan..
Kan madam dah cek secara moden kan, n everything seems ok jek..
so this time, mdm cuba pulak pergi mengurut..


Actually nek kiah ni mmg bidan kampung, n kerja dia mmg mengurut aja...
Sedap btul dia urut...
Terasa.. tak sakit tp sedap dan lega!
Madam tau pasal dia pun dr kawan2 rapat yang telah pergi berurut kat situ..
Kebetulan kawan2 c'sepian pun ada membawa isteri masing2...
uiks ramai betul org yg senasib dgn madam rupanya!

Perjalanan dr umah madam ke sana mengambil masa hampir 45minit..
setiap sabtu madam pasti berada kat sana, pg2 lagik dah menadah perut mintak di uli..
kiki.........

Jadi apabila kita dah berusaha, then kita berdoa, dan kemudian kita tawakal.
maka perlu redha dan pasrah malah berserah jek la dgn setiap ketentuan yg akan Allah berikan...

amin..amin...amin...

Note : Semoga usaha kami suami isteri kali ini..membuahkan hasil!