Pages

Followers

Wednesday, February 29, 2012

Doa untuk mendapat zuriat~

Salam,

Ok, kalu masuk blog ni mmg berkisar tentang anakkkk sahaja...
Sila jangan jemu.. iye!

Pagi tadi terbangun awal 5.30..
Dah siap2 bagai sementara tunggu nk g kerja layan Ar-Rayyan kat TV3..
Topik best..

Kena kelepap atas muka mak enchik kau..


'KAHWIN DAH LAMA TAPI BELUM ADA ZURIAT'

Maka sbb topik tu kena dgn empunya pendengar, bersungguh2 la madam kau menghayati isi topiknya...

Pertama sekali 

TETAPKAN NIAT!!!
Maksudnya : Nak zuriat sebab apa? Kebahagiaan? Tettt salah! Menyambung keturunan? Tetttt salah jugak...
Pengerat kasih sayanggg? Teeettttt... salah !

Sebenarnya semua tu betul, tp pertama-tamanya, niat yg harus adalah

1. 'Supaya bila ibubapa (yakni kita) dah meninggal dunia, ANAK-ANAK SOLEH lah yang akan MENDOAKAN KITA.

2. Supaya zuriat kita nanti dapat meneruskan dan mempertahankan agama Islam semasa kita dah tiada kat dunia ni nanti...

Ustazah jugak ckp, mgkin pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata antaranya adalah disebabkan dosa2 yang belum diampunkan oleh Allah..dan dosa-dosa denga manusia lain.. maka dengan itu ustazah telah memberikan ayt dan doa untuk kita semua amalkan... dan semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita yang lalu, sekarang dan masa hadapan...

PERTAMA
Yang paling wajib adalah PENGHULU ISTIGHFAR (kredit kat blog ni, sbb share dengan kawan2 lain).. Istighfar biasa kena amalkan 100 - 1000 kali dalam 1 hari, penghulu istighfar eloklah diamalkan selepas solat fardhu dan sunat, sebelum berdoa..


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)


KEDUA


Surah Al-Imran ayat 38






KETIGA


Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89




Sebenarnya kedua2 surah di atas adalah Doa Nabi Zakaria semasa memohon kepada Allah untuk dikurniakan zuriat..

Jom amalkan, madam pun dah siap2 print n nak mula mengamalkannya...


Oke, sebelum madam akhiri entry madam ni, dengan seikhlas hati, di sini madam menjadikan platform untuk memohon sejuta maaf dan keampunan sekiranya selama ini ada tersilap kata, terguris perasaan kepada anda semua, baik dlm dunia maya ni mahupun di dunia realiti, contohnya kawan2 blogger, pembaca-pembaca, sahabat-sahabat handai dan saudara mara sekelian...



Wallahualam...

Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari madam sendiri...


2 comments:

  1. terharu tetibe..semoga segalanye dipermudahkan untuk kanda memperoleh cahaya mata..aminnnn...

    ReplyDelete
  2. thanx fadh.. mudah mudahan adala rejeki knda....

    ReplyDelete

Nak doakan madam dapat baby jugak?