Pages

Followers

Tuesday, March 13, 2012

Conceive Plus?

Salam,

Madam akan cuba share knowledge sikit2 yg madam absorb sana sini dan cuba bg link sebaik mungkin.
sekarang ni madam suka involve dlm forum mereka2 yang senasib dengan madam..
kalu ada kawan2 yang nk join.. sila daftarkan diri di RATUHATI
Kat situ ramai member2 yang bg tips, info dan usaha2 yg derang dah buat...

Untuk itu, hari ni, anak2 sekelian, kita akan belajar mengenai produk Conceive Plus.
Ye adik2 kakak2, madam bukan nk jual produk ye kat sini..
Just nk sharing is caring..
Mgkin ada yg dah tau dan dah try, mungkin masih belum tau apa itu Conceive Plus ni..

beginilah rupa produk yg mdm topikkan hari ni.. harga dia around rm80++ kalu tak silap.
dan ada beberapa jenis package..
Macam korang boleh tengok kat pics atas ni, belah kiri jenis pump, kanan jenis tube 
dan pic bawah jenis tube kecil yg lebih user frendly...


Ok..sabar-sabar-sabar.. korang mesti nak tau apakah kejadahnya bendalah ni ken?

CP adalah sejenis LUBRICANT atau PELINCIR dlm bahasa lembutnya.. mcm Playsafe tapiiiiiiii....
Tetapi CP ni, bukan sembarangan atau semberono'an pelincir ye!
Secara basicnyer, CP membantu sperm untuk berenang (mobility sperm to ovum) lebih cepat
untuk membantu proses persenyawaan! Faham?

Bg wanita-wanita TTC (Trying To Conceive) bertahun2, mungkin ini salah satu usaha / ikhtiar lain yg mana tau membantu kita...

Honestly madam belum try, tp MESTI CUBA..selagi ada jalan madam pasti cuba dan ikhtiar..
But! Ikut step by step la dear.. kalu buat semua cadangan org2 sekeliling sekaligus, yg penat BADAN SENDIRI
bukan badan bini ketua kampung beranak 11.. ken?

Kalu nk tau lebih lanjut mengenai CP ni, korang klik Link dekat atas tu... 'produk CONCEIVE PLUS' nun..
madam nk terang lebih2 takut fakta jadi auta lak kang..
mungkin kat link tu korang lebih faham..dan akan terbukak hati nk cuba jugak..

dont worry sbb ada a few forumers yg dah try, n it is safe for us..

next entry madam nak cerita pasal BBT pulak (Body Basal Temperature)... ok?
ciao dulu!!!





Wednesday, February 29, 2012

Doa untuk mendapat zuriat~

Salam,

Ok, kalu masuk blog ni mmg berkisar tentang anakkkk sahaja...
Sila jangan jemu.. iye!

Pagi tadi terbangun awal 5.30..
Dah siap2 bagai sementara tunggu nk g kerja layan Ar-Rayyan kat TV3..
Topik best..

Kena kelepap atas muka mak enchik kau..


'KAHWIN DAH LAMA TAPI BELUM ADA ZURIAT'

Maka sbb topik tu kena dgn empunya pendengar, bersungguh2 la madam kau menghayati isi topiknya...

Pertama sekali 

TETAPKAN NIAT!!!
Maksudnya : Nak zuriat sebab apa? Kebahagiaan? Tettt salah! Menyambung keturunan? Tetttt salah jugak...
Pengerat kasih sayanggg? Teeettttt... salah !

Sebenarnya semua tu betul, tp pertama-tamanya, niat yg harus adalah

1. 'Supaya bila ibubapa (yakni kita) dah meninggal dunia, ANAK-ANAK SOLEH lah yang akan MENDOAKAN KITA.

2. Supaya zuriat kita nanti dapat meneruskan dan mempertahankan agama Islam semasa kita dah tiada kat dunia ni nanti...

Ustazah jugak ckp, mgkin pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata antaranya adalah disebabkan dosa2 yang belum diampunkan oleh Allah..dan dosa-dosa denga manusia lain.. maka dengan itu ustazah telah memberikan ayt dan doa untuk kita semua amalkan... dan semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita yang lalu, sekarang dan masa hadapan...

PERTAMA
Yang paling wajib adalah PENGHULU ISTIGHFAR (kredit kat blog ni, sbb share dengan kawan2 lain).. Istighfar biasa kena amalkan 100 - 1000 kali dalam 1 hari, penghulu istighfar eloklah diamalkan selepas solat fardhu dan sunat, sebelum berdoa..


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)


KEDUA


Surah Al-Imran ayat 38






KETIGA


Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89




Sebenarnya kedua2 surah di atas adalah Doa Nabi Zakaria semasa memohon kepada Allah untuk dikurniakan zuriat..

Jom amalkan, madam pun dah siap2 print n nak mula mengamalkannya...


Oke, sebelum madam akhiri entry madam ni, dengan seikhlas hati, di sini madam menjadikan platform untuk memohon sejuta maaf dan keampunan sekiranya selama ini ada tersilap kata, terguris perasaan kepada anda semua, baik dlm dunia maya ni mahupun di dunia realiti, contohnya kawan2 blogger, pembaca-pembaca, sahabat-sahabat handai dan saudara mara sekelian...



Wallahualam...

Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari madam sendiri...


Monday, February 20, 2012

Dugaan demi dugaan...

Salam,

Malam ni tawa dlm tngisan.
Ketawa sbb sembunyikan air mata.
Entah bila penderitaan ini akan berakhir..

Dalam hati simpan amarah yang maxima..
Dek penangan penjelasan pak inchek kau tadi..

Entah macam mana sekarang ni kami suka berbincang ttg ANAK..
word yg betul2 killing me inside..

Kali ni, sepian menerima tekanan yg maha hebat..
rakan2 office yg takder hati perut..
sepian ckp, ada org panggil dia B*P*K hari ni.. 



hati isteri mana yg tahan dgr panggilan tu..
kenapa? madam tanya...
kenapa? sbb KITA BELUM ADA ZURIAT LAGIK SAYANG..begitu jawapan sang suami..
meruntun hati wanita madam..

Ya Allah, Ya Allah...Ya Allah
kasihanila suamiku..
kuatkanla hatinya
tingkatkan kesabarannya...
ampun kan dia jika dia marah Ya Allah..
Ampunkan kawan2 dia yang cetek iman di dada...
ampunkan aku jika ini semua salahku ...

Bayangkan seorang lelaki di gelar begitu...
jatuh maruahnya di kaki..
madam fhm itu..
lantaran itu mdm MAKI DIRI SENDIRI sbb tak mampu jd isteri yang sempurna..

hati yang sediada hancur, semakin lunyai..remuk redam..
Maha hebat dugaan kali ini Ya Rahman..
tak tertanggung rasanya hati ni..

Jgnla uji suami ku Ya Allah
Ujila aku saja..ujila aku... aku redha.. aku boleh tahan ya Allah.. kasihanila suamiku..jgn dia...jgn dia...

Ujila aku dengan diberi penghinaan dr org sekelilingku,aku akan tabah jika sesiapa menghinaku selepas ini..
kerana aku lebih tabah Ya Allah..
kerana aku tau bagaimana untuk melempiaskan sedihku..dengan airmataku..
tidak dia Ya Rahman, seorang lelaki yg memendam rasa saja...


Jgn dia Ya Allah...jgn suami ku..
jika ANAK ini mmg ujian untuk kami, aku redha...
maka jgn uji suamiku..kasihanila dia Ya Allah...
ujila aku...ujila aku....................
kerana aku tau aku lebih tabah...
lindungila suamiku..........

kasihani daku...
kasihani kami...